LAMAN UTAMA home
SENARAI PRODUK gallery
PAKEJ MELANCONG package
PENGINAPAN
DI SINI
package
HUBUNGI
KAMI
package

Berikut adalah maklumat mengenai homestay yang diidamkan:

Homestay Singgahsawah terletak di Lot 686-15, Sawah Sarang Buaya, Mukim Sungai Balang 84000 Muar, Johor ( Lokasi GPS : 1.890602, 102.766376). Ianya berada di kawasan yang stategik iaitu berhampiran Pekan Parit Yusof, 20 minit ke Bandar Batu Pahat dan 30 minit ke Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar. Pengunjung berpeluang merasai suasana kampung yang dikelilingi oleh sawah padi menghijau dan tenang. Kawasan sawah ini terkenal dengan burung-burung yang berhijrah (migratory birds). Kedudukannya yang terletak berhampiran Sg Sarang Buaya membolehkan pengunjung menyewa bot untuk memancing ikan di Selat Melaka yang terletak hanya 500 meter dari Homestay Singgahsawah. Untuk pencinta alam, terdapat hutan paya bakau di sepanjang Selat Melaka untuk diterokai. Kolam Air Panas Sungai Gresik terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari sini. Kawasan ternakan lebah kelulut juga terletak berhampiran.

Homestay Singgahsawah menyediakan penginapan yang selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti melancong, rombongan perkahwinan, hari keluarga dan lain-lain. Terdapat 6 buah bilik untuk disewakan, setiap satu mempunyai 2 katil queen, sebuah tandas, kipas, rak kecil, tuala, bantal, televisyen, sofa dan sejadah. Kemudahan lain disediakan:
- ruang dapur dan meja makan
- Kemudahan parking yang luas
- Ruang tamu

Klik link di bawah untuk mendapatkan peta dan gambaran secara audio visual:

Klik di sini untuk dapatkan peta

Klik di sini untuk lihat video Singgahsawah

Pelancongan agro ini disediakan oleh:

MHB Travel & Tours Sdn Bhd (Company No: 221899-A/ KPL/ LN:2722) 
K-5690 Tingkat Satu, Jalan Kubang Kurus, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman