LAMAN UTAMA home
SENARAI PRODUK gallery
PAKEJ MELANCONG package
PENGINAPAN
DI SINI
package
HUBUNGI
KAMI
package

1) LAWATAN SEHARI KE MUAR
Muar ialah sebuah daerah yang indah. Di sinilah terletaknya Bandar Maharani, Bandar DiRaja. Pelancong boleh datang ke sini dengan mengikuti pakej LAWATAN SEHARI KE MUAR yang diurus oleh MHB Travel & Tours Sdn Bhd.

Antara keistimewaan & tarikan yang unik di Daerah Muar adalah suasana masyarakat nelayan di pesisiran muara sungai adalah aktiviti nelayan mengutip tiram di Pengkalan Tiram. Nama ini diambil sempena nama sebuah perkampungan nelayan di sini yang wujud sehingga kini walaupun menghadapi arus pembangunan pesat di Bandar Muar. Perkampungan nelayan ini sangat unik kerana para nelayan akan menyelam sedalam lima meter ke dasar Sungai Muar mencari tiram secara tradisional tanpa menggunakan sebarang peralatan moden. Kegiatan yang dikatakan bermula seawal tahun 1870 lagi.

Para nelayan tradisional ini akan memegang sebatang kayu yang dipacak pada dasar sungai untuk mengelakkan daripada dihanyutkan arus. Mereka mengutip tiram di dasar sungai ini sambil menyelam dengan menahan nafas antara tiga hingga empat minit. Video di bawah menunjukkan aktiviti yang akan dilalui oleh para pelancong jika datang ke sini (video kiri):

2) TIRAM BAKAR MUAR
Peserta berkumpul di Perhentian Bas Ekspres Bentayan sebelum menaiki bot di Jeti Bentayan. Pakej termasuk:
• Menikmati keindahan Sungai Muar dengan menaiki bot
• Melihat ternakan tiram
• Menikmati Tiram Bakar Muar yang segar dari Sungai Muar – 1 plate
• Waktu perniagaan: 9 pagi – 6 petang
(Masa diperlukan: 1 jam 30 minit. Harga: RM30 seorang. Minima 2 orang)

Maklumat lanjut, hubungi:
h/p : 013-6526690 atau 012-6072046
Instagram : www.instagram.com/tirambakarmuar
Facebook : www.facebook.com/tirambakarmuar

 

 

 

Klik di sini untuk mendapat brosur pakej pelancongan Muar

 

Subscribe our Channel Mymalaysiatravel.

 

 

This Agro Tour Package has been prepared by:

MHB Travel & Tours Sdn Bhd (Company No: 221899-A/ KPL/ LN:2722) 
K-5690 Tingkat Satu, Jalan Kubang Kurus, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.