HALAMAN UTAMA home
PRODUK gallery
PAKEJ package
HOMESTAY
HUBUNGI KAMI contactUs

 

MEE BANDUNG

Mee Bandung ialah sejenis makanan tradisi terkenal di sini. Makanan ini adalah sejenis masakan yang mengabungkan mee dan telur. Perkataan “Bandung” di sini bermaksud “pasangan” atau “gandingan”, sama seperti perkataan tersebut di dalam ungkapan "Rumah Berbandung", bermaksud dua buah rumah yang dibina bergandingan. Begitu juga, jika anda menyebut "Sirap Bandung", ianya bermaksud sejenis minuman yang menggandingkan sirap dan susu. Perkataan “Bandung” dalam istilah “Mee Bandung” tiada kena mengena dengan sebuah daerah yang terletak di Indonesia.

Resepi Mee Bandung kini telah disajikan bersama keenakan udang galah segar, menjadikan ianya lebih menyelerakan bagi menyambut pelancong-pelancong yang datang ke sini.
Walaupun Mee Bandung boleh dinikmati di mana-mana, masakan yang berasal dari Muar ini dianggap paling lazat jika ianya dihidangkan di tempat di mana ianya berasal.

 

 

Pelancongan agro ini disediakan oleh:

MHB Travel & Tours Sdn Bhd (Company No: 221899-A/ KPL/ LN:2722) 
K-5690 Tingkat Satu, Jalan Kubang Kurus, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.