HALAMAN UTAMA home
PRODUK gallery
PAKEJ package
HOTEL
HUBUNGI KAMI contactUs

Madu Lebah Kelulut

KELULUT ialah sejenis lebah kecil tidak bersengat yang menghasilkan manisan madu yang dikumpulkan dari bunga-bungaan. Serangga kecil yang berukuran diantara 4 hingga 6 mm ini mempunyai badan yang berwarna hitam dan kelabu. Oleh kerana saiz serangga ini halus dan ringan, ianya adalah agen pendebungaan yang sangat baik kerana dapat menjalankan aktiviti pendebungaan pada bunga-bunga yang kecil yang tidak dapat dicapai oleh serangga-serangga besar yang lain.

KHASIAT MADU KELULUT

Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang akan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:

1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)

2. Strok

3. Kanser

4. Hipertension

5. Gaut

6. Sakit-sakit sendi

7. Menguatkan tenaga batin

8. Anti-Penuaan

9. Jerawat

10. Kudis/Kurap/Fungus

11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.

12. Memulihkan kecederaan dalaman

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN

Disebabkan saiz lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral. Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.

Propolis mengandungi semua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Ulasan pakar :

“Hasil penyelidikan telah memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).

Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/

“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.

Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).

Sumber : http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/485-khasiat-madu-lebah-kelulut

“Kajian MARDI juga menunjukkan bahawa madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan   nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik adalah sejenis bahan utama madu kelulut yang dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”

 


 

Pelancongan agro ini disediakan oleh:

MHB Travel & Tours Sdn Bhd (Company No: 221899-A/ KPL/ LN:2722) 
K-5690 Tingkat Satu, Jalan Kubang Kurus, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.