Program pembangunan ekonomi komuniti

 
LAMAN
UTAMA home
SENARAI PRODUK gallery
PAKEJ
DISEDIA package
MENGINAP
DI SINI
package
HUBUNGI
KAMI
package

 

TANAMAN POKOK GETAH
Pokok Getah (Hevea brasiliensis) penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks (getah asli) boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Umur pokok getah yang sesuai ialah diantara 20 hingga 30 tahun untuk dijadikan produk baru. Getah asli sangat penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, pelbagai perabot juga dapat dihasilkan daripada
Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 18 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok. Saluran ini naik secara berpilin pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.

Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan dilakukan secara goresan-goresan yang dibuat secara ortogon pada salur lateks pada batang pokok, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.

Kulit kayu pokok getah ini licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks keruh yang mengeras jika terdedah kepada udara. Daunnya licin, berwarna hijau kebiru-biruan. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan kemudian merah terang sebelum luruh. Mempunyai daun yang kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam bentuk tangkai. Buah yang keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah akan meletup menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang berat dan ketika masak, menjadi licin, dengan tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.

 

UBI REBUS & SAMBAL CILI
Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Ubi kayu adalah sumber karbohidrat semulajadi yang baik, baik diet rendah kalori, lengkap dengan mineral seperti kalsium, phosphorus, manganese, zat besi dan kalium. Kesemua mineral ini adalah perlu untuk tumbesaran badan yang baik dan membantu tisu-tisu badan berfungsi. Bagi sesetengah pihak, ubi kayu dijadikan hidangan kudapan diwaktu petang dan dijadikan bahan utama dalam kuih-muih. Namun ubi kayu lebih popular jika ia direbus sehingga empuk bersama sedikit garam dan dimakan bersama sambal cili.

 

AIR KELAPA MUDA
Ketika cuaca panas, minum air kelapa memang melegakan. Selain sebagai  pelepas dahaga, air kelapa juga dimanfaatkan sebagai ubat pelbagai penyakit.

Sejak dulu, minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.
Ahli Persatuan Dietetik Amerika, Andrea Giancol RD, berkata kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung. Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat, asam amino, vitamin dan ion yang memberi tenaga. Ia juga mampu melarutkan racun dalam perut yang bersifat sementara. Air kelapa mampu mengekalkan keremajaan kulit kerana ia mengandungi vitamin C yang baik untuk kesegaran kulit. Ia juga berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.

 

TANAMAN CILI

Cili adalah jenis tanaman sayur yang berbuah ditanam secara komersil monokrop terutama di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Terdapat beberapa variety cili yang terkenal ditanam oleh petani yang sesuai untuk pasaran segar. Variety yang baik mempunyai kandungan pepejal yang tinggi, pedas, tahan lama disimpan, tahan penyakit dan serangan serangan serangga.


CENDOL
Cendol adalah sejenis pemanis mulut tradisi yang popular di Malaysia juga di negar-negara jiran yang lain. Makanan ini berasaskan santan kelapa, jeli yang diperbuat dari tepung beras dan ditambah pewarna hijau atau warna asli pandan, ais kisar dan gula merah. Bahn lain yang menaikkna lagi rasa cendol ini adalah seperti kacang merah, pulut, cincau, jagung manis dan gula sirap. Namun, semakin lama resepi cendol ini dinaik taraf mengikut kreativiti pembuat cendol. Antaranya ialah cendol  pulut, kacang, tapai, jagung, cincau dan juga cendol durian.


TELUR MASIN
Telur masin adalah makanan sampingan yang digemari yang kebiasaannya dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain. Telur masin ini mampu menaikkan selera seseorang. Sesetengah pengguna juga suka memakannya dengan bubur nasi tawar. Telur masin ini diperbuat dari telur itik. Namun atas kesukaran untuk mendapatkan telur itik, sesetengah pihak menggunakan telur ayam sebagai pengganti. Kebiasaan yang dijual dipasar atau gerai-gerai, ia dijual mentah dan disaluti lapisan serbuk arang yang tebal. Telur masin yang diperbuat daripada telur itik, bahagian putih telurnya berasa masin dan kuning telur akan berasa lemak. Namun, telur masin yang diperbuat dari telur ayam, teksturnya agak berbeza dan kuning telur berasa kurang lemak.


MESIN PADI
Penggunaan mesin atau jentera dalam proses penanaman padi adalah sangat memberangsangkan kerana ianya 95% lebih efektif dari kaedah tradisional iaitu dari penyediaan tapak sehingga penuaian padi. Penanaman padi dahulunya menggunakan teknik tabur terus. Namun ianya menimbulkan banyak isu terhadap penghasilan padi tersebut. Antara masalah yang wujud ialah pertapakan tanaman tidak memuaskan, sukar mengawal perosak dan pertumbuhan rumpai, pokok mudah rebah, kematangan padi yang tidak seragam dan penghasilan bijirin hijau yang tinggi. Oleh itu kaedah penanaman berjentera  membantu memudahkan kerja penanaman, menjimatkan kos dan dapat mengawal kualiti beras yang terhasil. Kaedah ini dimulakan dengan menyediakan anak benih padi didalam tray khas sebelum disusun di dalam petak semaian. Kaedah ini lebih terkawal, tersusun dan meningkatkan pertumbuhan anak padi serta memudahkan penuaian padi.
Teknologi penuaian yang mengalami perubahan drastik adalah dengan menggunakan mesin jentuai padi dimana mesin ini mengganti kerja-kerja menyabit, mengikat, membanting dan mengumpul padi. Dengan ini kadar penghasilan padi lebih cekap dan tidak berlaku pembaziran. Namun tenaga pesawah juga masih diperlukan walaupun setelah kewujudan jentera yang memudahkan ini. Hal ini kerana, teknik pengawalan jentera adalah penting supaya tiada sebarang kerosakan berlaku terhadap jentera mahupun terhadap padi.

 

 


Pemasaran produk dari para petani dan nelayan oleh:

Koperasi iMuara Muar Berhad 
16A Jalan Sejahtera 1, Taman Seri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor.