Program pembangunan ekonomi komuniti

 
LAMAN
UTAMA home
SENARAI PRODUK gallery
PAKEJ
DISEDIA package
MENGINAP
DI SINI
package
HUBUNGI
KAMI
package

 

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter , Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat SelatMelaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.


Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Selain itu Gunung Ledang juga terkenal dengan sebuah lagenda iaitu Lagenda Puteri Gunung Ledang. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain) dari perkataan Hokkien atau Taiwan: kim, atau dalam karakter 金 bermaksud emas dan sua, atau karakter 山 bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan ketika pemerintahan empayar Majapahit  orang Jawa telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.

 


Pemasaran produk dari para petani dan nelayan oleh:

Koperasi iMuara Muar Berhad 
16A Jalan Sejahtera 1, Taman Seri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor.