Program pembangunan ekonomi komuniti

 
LAMAN
UTAMA home
SENARAI PRODUK gallery
PAKEJ
DISEDIA package
MENGINAP
DI SINI
package
HUBUNGI
KAMI
package

 

PENTERNAKAN KUPANG

Kupang atau dikenali sebagai siput sudu, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan dan sangat popular sebagai makan laut. Kupang boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia.
Teknologi terkini untuk menternak kupang adalah dengan menggunakan pelampung plastik dan menggantung tali kupang dibawahnya. Benih-benih kupang semulajadi akan melekat pada tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan. Kulit kupang akan terbuka di dalam air dan menangkap plankton di dalam air sebagai makanan (Filtering process) dari kupang kecil hingga bersaiz besar. Musim pembenihan atau penuaian berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca. Lazimnya, musim panas (Januari-Februari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (kupang kecil) dan September-Disember (kupang besar).
Kupang mempunyai kulit keras berwarna hijau coklat yang mengandungi isi kupang berwarna kuning,oren dan hitam. Isi kupang akan melekat pada pangkal kupang dengan kuat dan ia merupakan bahagian yang paling sedap dimakan.

 

BURUNG HIJRAH

Landskap tropika menjadi tempat tinggal ratusan spesies burung hijrah dari hutan paya bakau sehingga ke banjaran gunung berkabus. Lebih 120 burung hijrah menjadikan Negara ini sebagai lokasi mereka kerana kawasan ini terletak laluan penghijrahan burung Australasia. Sehingga lebih daripada 600 spesies dapat dilihat di Semenanjung dan lebih kurang 580 spesies di Borneo Malaysia, semuanya boleh dikunjungi dengan mudah di taman-taman dan hutan-hutan simpan.
Dengan kepelbagaian habitatnya, terdapat banyak tempat yang menjadi pilihan untuk hidupan burung di negara ini kerana Malaysia dilitupi hutan-hutan dan tanaman. Hutan hujan Malaysia biasan terbahagi kepada tiga jenis habitat yang tersendiri iaitu pantai pesisir hutan bakau, hutan hujan tanah pamah dan hutan tanah tinggi.
Eko-sistem hutan paya bakau, di mana air masin bertemu air tawar di pesisir pantai, adalah rumah kepada burung-burung seperti Raja Udang. Lebih daripada 200 burung menjadikan hutan hujan tanah pamah, termasuk hutan paya air tawar, hutan tanah gambut dan hutan dipterokarp bukit sebagai habitat mereka termasuk Burung Botak dan Merpati Hijau Imperial.

Pada ketinggian 900 meter hutan tanah tinggi, spesies seperti Burung Merak Kuang Gunung dan Burung Mata Hitam Gunung membiak di tempat sejuk, bercuaca lembab dan berpokok renek di kawasan tinggi.


BURUNG BOTAK

Burung Botak membiak di kawasan berpaya di tanah rendah tropika. Sarang rantingnya dibina pada pokok dan sering bersarang beramai-ramai serta membentuk koloni-koloni kecil.
Burung botak memiliki paruh besar berbentuk baji, kepala togel, dan saku leher yang jelas. Ia melayang di lapisan haba bersama-sama pemangsa yang mereka berkongsi kelakuan memakan bangkai pada siang hari. Bangkai dan najis menjadi makanannya dan juga sentiasa mengambil peluang memburu haiwan lain sebagai mangsa.
Tinggi Burung Botak biasanya 110–120 cm (43–48 inci), seberat sekitar 5 kg (11 paun) dan memiliki lebar sayap 210 cm (83 inci). Ia bagaimanapun,ahli terkecil dalam genus Leptoptilos. Bahagian atas badan dan sayap adalah hitam, tetapi perut dan bawah ekor bewarna putih. Paruhnya pucat, panjang, dan tebal.

 

KELULUT

Lebah kelulut (heterotrigona sp. ) atau nama lainnya, kelulut atau meliponini ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu kelulut, propolis, debunga yang boleh menjana pendapatan bagi pengusaha yang mengurusnya dengan baik. Terdapat  lebih 30 spesis kelulut di Malaysia dan hanya beberapa spesies yang popular diternak iaitu Trigona itama, Trigona thorasica,Trigona apicalis, Trigona scaptotigona dan Trigina laeviceps. Madu kelulut mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Madu kelulut disimpan di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih dan rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah kelulut ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Pokok yang mengeluarkan resin kerap menjadi pilihan kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Resin diangkut di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang kelulut. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.

Madu Kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mengandungi banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Madu kelulut dapat meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman. Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang  boleh bertindak sebagaiantikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

 

KELAPA MATAG

Kelapa MATAG (Cocos nucifera 'Matag') merupakan sejenis kelapa yang disarankan untuk ditanam di Malaysia oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
Kelapa matag adalah nama gabungan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tagnanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG'. Industri tanaman kelapa di Malaysia merupakan satu industri penting dikalangan petani yang menyumbang kepada sosio-ekonomi untuk pembasmian kemisikinan terutamanya pekebun kecil kelapa. 
Batang kelapa matag seperti tapak gajah dan ketinggian sederhana, buah yang lebih banyak dan cepat mengeluarkan hasil. Kelapa matag lebih cepat mengeluarkan hasil dan dapat menghasilkan sehingga 12 tandan setahun dan purata buah yang dikeluarkan sebanyak 12 biji setandan. Hasil ini lebih banyak berbanding hasil pokok kelapa Malayan Tall. Kelapa matag sesuai ditanam bagi menghasilkan bekalan kelapa tua untuk menghasilkan santan serta produk lain berasaskan kelapa. Ia juga sesuai ditanam bagi memenuhi permintaan kelapa muda untuk dibuat minum.


KELAPA PANDAN

Kelapa pandan merupakan kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa dan airnya berbau pandan (juga dikenali sebagai kelapa wangi). Kelebihan kelapa pandan ialah ia sejenis kelapa rendah dengan ketinggian 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau. Buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata buah setandan 10-12 biji.

 

MASAKAN ASAM PEDAS

Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Kombinasi rasa masam pedas dan pedas yang sempurna membuatkan ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negeri juga meminati masakan asam pedas ini.
Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiriikan merah dan ikan terubuk), cili keringbawang merahbawang putih,  seraidaun kesumbunga kantanasam jawa atau asam gelugur.

 

 

 


Pemasaran produk dari para petani dan nelayan oleh:

Koperasi iMuara Muar Berhad 
16A Jalan Sejahtera 1, Taman Seri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor.